Hello my toothfairies <3
Hampir setengah tahun tak keluarkan entry baru,tanpa khabar tanpa berita.
Apa yang boleh saya katakan setelah hampir 6 bulan menyepi,ditambah lagi dengan peningkatan kes covid 19 dan berita berita konon nya vaksin bakal dikeluarkan,membuatkan saya sedikit sibuk dan ralit dengan beberapa urusan lain.Berbalik kepada apa yang saya ingin ceritakan,diakhir perjalanan pendidikan saya selaku pelajar tamhidi usim,saya telah lulus untuk mendaftarkan diri bagi menyambung pengajian ke ijazah sarjana muda pembedahan dan pergigian disini.
Berbekalkan keputusan yang tidak seberapa ketika tamhidi dahulu,saya mengorak langkah untuk menghadiri temuduga di Kampus Pandan Indah,Ampang ,Kuala Lumpur. Side notes la sikit,bahawa pointer untuk melayakkan diri bagi bidang ni,adalah 3.5 dan keatas namun perlu lulus dulu la interview nya.Sebenarnya,saya perlu menghadiri 2 temuduga,satu untuk ke ijazah pergigian dan satu lagi untuk ke kos medic.Jadi sekiranya saya lulus dua dua sekali pun,saya perlu membuat pilihan lah antara dua tu,takkan lah nak bolot semua en...Jadi,memandangkan,Malaysia masih lagi berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan,oleh itu,interview untuk medic haruslah secara maya.Berbeza pula dengan dental dimana interviewnya perlu diadakan secara bersemuka kerana perlu menilai dari segi kemahiran tangan dan sebagainya.
Okay,haih panjang pula muqadimahnya,haih maklumlah usimkannnn. Okay,setelah mengemas berguni guni beg pakaian untuk ke kuala lumpur (ceh packing barang cam nak pegi holiday je) maklumlah penulisnya berasal dari pantai timur,saya memilih untuk menaiki bas memandangkan tempoh pkp ni,seperti ramai orang diluar sana,keluarga saya turut terkesan dari segi pendapatan.
Dimalam hari,saya membuat persediaan lah,dan cari beberapa info berkaitan Fakulti Pergigian Usim. Kiranya info yang perlu korang tahu adalah
1) MISI DAN VISI,MOTTO USIM ATAU FAKULTI
2)SIGNIFIKAN INTERGRASI ILMU AQLI DAN NAQLI
3)SENARAI NAMA CANSELOR,NAIB CANSELOR, DEKAN,TIMBALAN DEKAN,
4)DEPARTMENT DEPARTMENT UNTUK BAHAGIAN DENTISTRY DI USIM,SERTA NAMA KETUA JAWATAN.
5)NAMA PERDANA MENTERI,TIMBALAN,MENTERI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DAN MENTERI MENTERI YANG BERKAITAN.
Selain daripada ini, korang as bakal dentist yang nak kena interview ni kenalah ambil tahu tentang bidang ni sikit.Nanti carilah info tentang gigi,gigi ni ade berapa,suka gigi mana satu dan kenapa. Selain itu,tentang awareness pasal mulut,cancer,asap rokok,drug dan sebagainya.
Dari segi pemakaian,lecturer saya sarankan untuk pakai pakaian yang cerah namun tak lah terlalu terang.Contoh warna pakaian yang sesuai adalah biru lembut,pink,purple dan lain lain.Jangan lupa pakai mekap,dan berhias sedikit.
Ha pasal cara nak intro diri,nanti google la kat youtube banyak je
Setakat tu dulu saya kira,nanti di entri lain saya kongsikan soalan apa je yang ditanya
Seee ya!!
